Posts

BERBUAT BAIK & BERBAKTI KEPADA IBU BAPA... Tiba-tiba hati terdetik dan teringat akan mak & bapa yang jauh di tanah air tercinta. Rindu pada mereka...sudah agak lama tidak melihat wajah mereka melalui 'Skype' lantaran kesibukan diri ini (bolehkah ini dijadikan alasan?).... Apa khabar mereka di kala ini...rindu pula masakan mak. Angah doakan biar sentiasa sihat dan berada dalam lindungan Ilahi hendaknya, dipanjangkan umur dalam iman, moga kita dapat berjumpa nanti. Moga dimurahkan rezeki olehNya untuk bertemu muka, insyaAllah. Itulah lumrah manusia, rindu bila berjauhan, bila dekat kekadang buat endah tak endah saja. Ingatan buat diri ini, selagi masih ada hayat kedua orang tua, berbuat baiklah kepada mereka. Berbaktilah kepada mereka semampunya walaupun mereka tiada meminta sebarang balasan kerana membesarkan kita sehinggalah kita berjaya seperti sekarang ini. Jangan ditunggu hingga mereka menutup mata dipanggil Ilahi baru kita hendak sedar. Hargailah, kasihilah ...
Image
BERSYUKUR... Tahun 2013 telah masuk ke bulan yang ke-2, Februari. Maka, 'ops parking' akan bermula tidak lama. Bagi yang tiada permit parking sama ada pelajar atau staf, masing-masing berkemungkinan besar akan menerima 'padah' atas kelalaian. Harga permit agak mahal...sekitar RM500 untuk tempoh 12 bulan (lebih tepat lagi - 10 bulan kerana pada bulan Disember & Januari,parking percuma & bebas meletak kereta di mana-mana lot parking). Pelajar & staf, semuanya perlu membayar untuk parking permit ini dan lebih mahal untuk staf. Bezanya, lot parkir pelajar cuma ada beberapa sahaja yang dikhaskan berbanding untuk staf. Secara relatif, ianya memang mahal berbanding di universiti-universiti di Malaysia di mana pelajar mahu pun staf rata-rata tidak dikenakan bayaran untuk meletak kereta. Begitulah...syukur dengan nikmat di negara sendiri. Namun, bukan itu yang ingin dibicarakan di sini...jika difikir atau dihitung berapa banyak nikmat yang dikurniakan Allah...
Pengalaman hidup di negara orang Alhamdulillah...tahun 2013 merupakan tahun kedua saya bermusafir (bermukim) di bumi New Zealand @ Aotearoa. Kedatangan saya ke sini dengan tujuan dan matlamat yang jelas iaitu menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah @ PhD di University of Canterbury, Christchurch, New Zealand. Semoga diri ini sentiasa fokus dan komited dengan segala usaha untuk berjaya dalam pengajian. Sebenarnya, bukanlah mudah hidup di luar negara sendiri secara realitinya. Secara umumnya, sahabat handai rakan taulan memberikan ucapan tahniah kerana dapat belajar di 'oversea' dan rata-rata memberi gambaran yang menyeronokkan... Namun, pelbagai cabaran dan dugaan telah dan bakal dihadapi sepanjang berada di sini. KepadaNya jualah dipohon segala kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ingatan buat diri sendiri juga, keberadaan di sini bukanlah untuk melancong atau berjalan-jalan tetapi menggalas tugas dan bebanan sebagai seorang pelajar matang yang ber...