Pengalaman hidup di negara orang
Alhamdulillah...tahun 2013 merupakan tahun kedua saya bermusafir (bermukim) di bumi New Zealand @ Aotearoa.
Kedatangan saya ke sini dengan tujuan dan matlamat yang jelas iaitu menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah @ PhD di University of Canterbury, Christchurch, New Zealand. Semoga diri ini sentiasa fokus dan komited dengan segala usaha untuk berjaya dalam pengajian.
Sebenarnya, bukanlah mudah hidup di luar negara sendiri secara realitinya. Secara umumnya, sahabat handai rakan taulan memberikan ucapan tahniah kerana dapat belajar di 'oversea' dan rata-rata memberi gambaran yang menyeronokkan...
Namun, pelbagai cabaran dan dugaan telah dan bakal dihadapi sepanjang berada di sini. KepadaNya jualah dipohon segala kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ingatan buat diri sendiri juga, keberadaan di sini bukanlah untuk melancong atau berjalan-jalan tetapi menggalas tugas dan bebanan sebagai seorang pelajar matang yang berkeluarga.
Pengalaman yang diperolehi bakal dimanfaat sebaik mungkin dalam hidup ini sama ada untuk kebaikan diri sendiri, keluarga atau pun komuniti, insyaAllah.
Justeru, segala pandangan semestinya melalui 'mata hati'.....
bersambung...

Comments
Post a Comment