ALLAH KNOWS BEST
Mengimbas kembali perjalanan hidup hingga ke saat ini. Alhamdulillah, benarlah Dia sebaik-baik perancang.
Selepas tamat SPM, saya memohon untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Pada masa itu, program tajaan JPA - Rancangan Bersama (RB). Saya memohon kursus Biokimia, tapi tidak ditawarkan kursus yang diminta sebaliknya ditawarkan kursus yang saya sendiri tiada maklumat tentangnya. Maklumlah, in the 90s tidak banyak pendedahan yang diberikan dan tiada akses di hujung jari seperti masa kini. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di universiti tempatan sahaja kerana ingin mengambil kursus Biokimia.
Alhamdulillah, saya ditawarkan ke Asasi Sains, Universiti Malaya. Semasa dalam pengajian di Pusat Asasi Sains, satu kursus baru - Bioperubatan ditawarkan oleh Fakulti Perubatan, UM. Bagi saya, kursus ini amat menarik kerana menggabungkan kursus/elemen sains dan perubatan - agak sesuai bagi saya yang meminati kursus perubatan, ingin menjadi pensyarah tetapi tidak mahu mengikuti kursus perubatan. Selesai pengajian asasi sains, saya ditawarkan kursus tersebut, kemasukan terus ke tahun ke-2 (Batch ke-2, hanya 8 pelajar). Pengkhususan akhir pula - Chemical Pathology.
Selesai pengajian sarjana muda, saya mendapat tawaran ke program Sarjana Sains Perubatan, UM. Namun, Allah juga lebih mengetahui, belum sempat memulakan pengajian, saya ditawarkan jawatan Pegawai Sains. Memandangkan saya adalah pelajar tajaan JPA - job taken. Walaupun sudah bekerja, niat di hati untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi masih berkobar-kobar. Saya menunggu peluang tersebut muncul.
Tahun 2003, tawaran dibuka untuk program sarjana. Saya memohon 2 program yang sangat berbeza - Sarjana Sains di luar negara & Sarjana Pentadbiran - kedua-duanya tajaan JPA. Syukur, saya berjaya mendapat kedua-dua tawaran tetapi tidak mendapat tajaan ke luar negara untuk sarjana sains seperti diinginkan. Namun, keputusan perlu dibuat untuk memilih satu daripadanya. Saya memilih program sarjana sains walaupun belum pasti di universiti mana. Hujung tahun 2003, saya mendaftar di Universiti Sains Malaysia dan pada tahun 2006 - dianugerahkan ijazah Sarjana Sains (Pharmaceutical Chemistry/Technology).
Hujung tahun 2008, saya mendapat tawaran sebagai pensyarah. Siapa sangka selepas hampir 11 tahun bekerja, akhirnya saya mendapat pekerjaan yang menjadi idaman sejak kecil, alhamdulillah. Inilah perancangan dariNya dan hanya Dia tahu segalanya. Yakin dengan ketetapanNya.
Di akhir tahun 2011, saya dan keluarga berangkat ke New Zealand untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD. Selepas lebih 3 tahun, ijazah PhD (Biokimia) dianugerahkan pada tahun 2015. Inilah kebesaran Ilahi - tidak dapat ke luar negara untuk pengajian sarjana muda, dapat juga ke sana untuk peringkat PhD bersama keluarga, Biokimia juga bidang pengkhususan akhirnya.
Itulah perancangan Ilahi, tiada siapa tahu rahsianya. Yang pasti, terdapat 1001 hikmah di sebaliknya. Syukur ku pada Mu...

Comments
Post a Comment