LIFE LONG LEARNING - PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Alhamdulillah, tanggal 20 Ogos 2015 saya telah berjaya memperolehi gelaran Dr. setelah menamatkan dengan jayanya pengajian PhD di University of Canterbury, New Zealand.
Syukur saya kepada yang Maha Esa kerana telah membuka dan memudahkan jalan untuk saya menemui kejayaan ini.
Benar, ianya secebis kejayaan duniawi yang saya berharap akan memberi impak yang signifikan di akhirat kelak. Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini, saya ingin berkongsi kejayaan - moga dapat memberi manfaat kepada yang membaca.
Mendapat 3 ijazah dalam 3 peringkat umur - suatu perjalanan pencarian ilmu (formal) yang panjang.
Saya mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya di kala usia mencecah 23 tahun. Peringkat pengajian ini, bagi saya, amat menyeronokkan. Saya di kelilingi teman-teman sebaya, pelbagai aktiviti dilakukan bersama - kami aktif dalam aktiviti-aktiviti kolej kediaman, kadangkala bersantai, berkelah di hujung minggu. Sebaik sahaja selesai pengajian, saya terus bekerja di institusi kerajaan yang membawa saya bertugas dari Sabah ke Perlis.
Pada tahun 2002 saya memohon biasiswa (HLP) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana. Tempat pengajian pilihan saya - United Kingdom. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat tawaran biasiswa - tetapi untuk pengajian dalam negara. Pada mulanya saya berasa agak kecewa, namun saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Maka, pada penghujung tahun 2003 saya memulakan pengajian Sarjana di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang - negeri kelahiran saya. Pada masa itu, anak ke-2 saya baru berusia 5 bulan dan isteri serta anak-anak menetap di Perlis kerana komitmen tugas isteri ketika itu. Jadilah saya 'weekend husband/father' untuk lebih kurang 2 tahun - pagi Isnin bergegas dari Perlis ke USM, petang Jumaat bergegas pulang ke Perlis menemui isteri dan anak-anak tercinta. Alhamdulillah, pada tahun 2006 saya memperolehi ijazah sarjana ketika anak berjumlah 2 orang dan umur melewati 32 tahun.
Perancangan Allah maha hebat, sememang dari awal saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah. Tapi, setelah usia menginjak 34 tahun, barulah saya mendapat pekerjaan tersebut dengan izinNYA. Setelah 3 tahun berkhidmat, sekali lagi saya mendapat peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi - PhD, yang memang saya impikan, tapi kali ini di luar negara. Penghujung tahun 2011, berangkatlah saya dan keluarga (isteri dan 3 orang anak) ke New Zealand untuk tujuan tersebut. Bermukim selama lebih 3 tahun di sana banyak mengajar dan membuka pintu hati saya terhadap banyak perkara dalam hidup. Cabaran hidup di luar negara juga tidak kurang hebatnya. Akhirnya, saya Berjaya mendapat ijazah PhD pada umur 41 tahun dan bakal menimang cahaya mata ke-4. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah swt itu maha luas rahmatnya dan Dia juga sebaik-baik perancang...

Comments
Post a Comment