Posts

Showing posts from December, 2015
ALLAH KNOWS BEST Mengimbas kembali perjalanan hidup hingga ke saat ini. Alhamdulillah, benarlah Dia sebaik-baik perancang. Selepas tamat SPM, saya memohon untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Pada masa itu, program tajaan JPA - Rancangan Bersama (RB). Saya memohon kursus Biokimia, tapi tidak ditawarkan kursus yang diminta sebaliknya ditawarkan kursus yang saya sendiri tiada maklumat tentangnya. Maklumlah, in the 90s tidak banyak pendedahan yang diberikan dan tiada akses di hujung jari seperti masa kini. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di universiti tempatan sahaja kerana ingin mengambil kursus Biokimia. Alhamdulillah, saya ditawarkan ke Asasi Sains, Universiti Malaya. Semasa dalam pengajian di Pusat Asasi Sains, satu kursus baru - Bioperubatan ditawarkan oleh Fakulti Perubatan, UM. Bagi saya, kursus ini amat menarik kerana menggabungkan kursus/elemen sains dan perubatan - agak sesuai bagi saya yang meminati kursus perubatan, ingin menjadi pens...