Posts

Showing posts from August, 2015
LIFE LONG LEARNING - PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Alhamdulillah, tanggal 20 Ogos 2015 saya telah berjaya memperolehi gelaran Dr. setelah menamatkan dengan jayanya pengajian PhD di University of Canterbury, New Zealand. Syukur saya kepada yang Maha Esa kerana telah membuka dan memudahkan jalan untuk saya menemui kejayaan ini. Benar, ianya secebis kejayaan duniawi yang saya berharap akan memberi impak yang signifikan di akhirat kelak. Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini, saya ingin berkongsi kejayaan - moga dapat memberi manfaat kepada yang membaca. Mendapat 3 ijazah dalam 3 peringkat umur - suatu perjalanan pencarian ilmu (formal) yang panjang. Saya mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya di kala usia mencecah 23 tahun. Peringkat pengajian ini, bagi saya, amat menyeronokkan. Saya di kelilingi teman-teman sebaya, pelbagai aktiviti dilakukan bersama - kami aktif dalam aktiviti-aktiviti kolej kediaman, kadangkala bersantai, berkelah di hujung minggu. ...