Posts

Image
 2020 - TAHUN PENUH LIKU DAN CABARAN Sudah bertahun saya tidak update blogspot ni.  Sedar tak sedar, tahun 2020 sudah hampir ke penghujungnya. Sudah 8 bulan kita bergelumang dengan pandemik Covid-19 yang nampaknya belum bertemu kesudahan. Beberapa fasa perintah kawa;an pergerakan telah ditempohi - PKP, PKPB, PKPP. Kini bertemu PKPB sekali lagi lagi. Betapa pandemik ini memberi pelbagai pengajaran kepada kita semua. Moga kita diberi kesabaran untuk menempuhi dugaan hari pendatang olehNya. Cukup dulu update ringkas kali ini. Niat di hati ingin menulis lagi - berkongsi pengalaman diri. Moga ianya jadi realiti, insyaAllah.  
ALLAH KNOWS BEST Mengimbas kembali perjalanan hidup hingga ke saat ini. Alhamdulillah, benarlah Dia sebaik-baik perancang. Selepas tamat SPM, saya memohon untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Pada masa itu, program tajaan JPA - Rancangan Bersama (RB). Saya memohon kursus Biokimia, tapi tidak ditawarkan kursus yang diminta sebaliknya ditawarkan kursus yang saya sendiri tiada maklumat tentangnya. Maklumlah, in the 90s tidak banyak pendedahan yang diberikan dan tiada akses di hujung jari seperti masa kini. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di universiti tempatan sahaja kerana ingin mengambil kursus Biokimia. Alhamdulillah, saya ditawarkan ke Asasi Sains, Universiti Malaya. Semasa dalam pengajian di Pusat Asasi Sains, satu kursus baru - Bioperubatan ditawarkan oleh Fakulti Perubatan, UM. Bagi saya, kursus ini amat menarik kerana menggabungkan kursus/elemen sains dan perubatan - agak sesuai bagi saya yang meminati kursus perubatan, ingin menjadi pens
LIFE LONG LEARNING - PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Alhamdulillah, tanggal 20 Ogos 2015 saya telah berjaya memperolehi gelaran Dr. setelah menamatkan dengan jayanya pengajian PhD di University of Canterbury, New Zealand. Syukur saya kepada yang Maha Esa kerana telah membuka dan memudahkan jalan untuk saya menemui kejayaan ini. Benar, ianya secebis kejayaan duniawi yang saya berharap akan memberi impak yang signifikan di akhirat kelak. Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini, saya ingin berkongsi kejayaan - moga dapat memberi manfaat kepada yang membaca. Mendapat 3 ijazah dalam 3 peringkat umur - suatu perjalanan pencarian ilmu (formal) yang panjang. Saya mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya di kala usia mencecah 23 tahun. Peringkat pengajian ini, bagi saya, amat menyeronokkan. Saya di kelilingi teman-teman sebaya, pelbagai aktiviti dilakukan bersama - kami aktif dalam aktiviti-aktiviti kolej kediaman, kadangkala bersantai, berkelah di hujung minggu. Sebaik sa
BERBUAT BAIK & BERBAKTI KEPADA IBU BAPA... Tiba-tiba hati terdetik dan teringat akan mak & bapa yang jauh di tanah air tercinta. Rindu pada mereka...sudah agak lama tidak melihat wajah mereka melalui 'Skype' lantaran kesibukan diri ini (bolehkah ini dijadikan alasan?).... Apa khabar mereka di kala ini...rindu pula masakan mak. Angah doakan biar sentiasa sihat dan berada dalam lindungan Ilahi hendaknya, dipanjangkan umur dalam iman, moga kita dapat berjumpa nanti. Moga dimurahkan rezeki olehNya untuk bertemu muka, insyaAllah. Itulah lumrah manusia, rindu bila berjauhan, bila dekat kekadang buat endah tak endah saja. Ingatan buat diri ini, selagi masih ada hayat kedua orang tua, berbuat baiklah kepada mereka. Berbaktilah kepada mereka semampunya walaupun mereka tiada meminta sebarang balasan kerana membesarkan kita sehinggalah kita berjaya seperti sekarang ini. Jangan ditunggu hingga mereka menutup mata dipanggil Ilahi baru kita hendak sedar. Hargailah, kasihilah
Image
BERSYUKUR... Tahun 2013 telah masuk ke bulan yang ke-2, Februari. Maka, 'ops parking' akan bermula tidak lama. Bagi yang tiada permit parking sama ada pelajar atau staf, masing-masing berkemungkinan besar akan menerima 'padah' atas kelalaian. Harga permit agak mahal...sekitar RM500 untuk tempoh 12 bulan (lebih tepat lagi - 10 bulan kerana pada bulan Disember & Januari,parking percuma & bebas meletak kereta di mana-mana lot parking). Pelajar & staf, semuanya perlu membayar untuk parking permit ini dan lebih mahal untuk staf. Bezanya, lot parkir pelajar cuma ada beberapa sahaja yang dikhaskan berbanding untuk staf. Secara relatif, ianya memang mahal berbanding di universiti-universiti di Malaysia di mana pelajar mahu pun staf rata-rata tidak dikenakan bayaran untuk meletak kereta. Begitulah...syukur dengan nikmat di negara sendiri. Namun, bukan itu yang ingin dibicarakan di sini...jika difikir atau dihitung berapa banyak nikmat yang dikurniakan Allah
Pengalaman hidup di negara orang Alhamdulillah...tahun 2013 merupakan tahun kedua saya bermusafir (bermukim) di bumi New Zealand @ Aotearoa. Kedatangan saya ke sini dengan tujuan dan matlamat yang jelas iaitu menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah @ PhD di University of Canterbury, Christchurch, New Zealand. Semoga diri ini sentiasa fokus dan komited dengan segala usaha untuk berjaya dalam pengajian. Sebenarnya, bukanlah mudah hidup di luar negara sendiri secara realitinya. Secara umumnya, sahabat handai rakan taulan memberikan ucapan tahniah kerana dapat belajar di 'oversea' dan rata-rata memberi gambaran yang menyeronokkan... Namun, pelbagai cabaran dan dugaan telah dan bakal dihadapi sepanjang berada di sini. KepadaNya jualah dipohon segala kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ingatan buat diri sendiri juga, keberadaan di sini bukanlah untuk melancong atau berjalan-jalan tetapi menggalas tugas dan bebanan sebagai seorang pelajar matang yang ber